Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Thursday, December 17, 2009

Tugasan Kelas Untuk 18/12/2009

Aktiviti 1: Buku

1. Analisis data + Pelaporan
Bertujuan untuk mencari penjelasan yang sesuai dengan kefahaman dan nampak munasabah. Data boleh dianalisis dengan jelas menggunakan tape recorder sebagai contohnya, dan dengan ini lebih jelas lagi dengan soalan kritikal, membuatkan tafsiran yang kurang jelas dapat dibetulkan.
Pengarang buku ini menerangkan menganai penganalisisan data menggunakan proses penganalisisan data konstruktif:

i) Pembacaan data (reading data : data dibaca dengan teliti bertujuan mengingat kembali peristiwa itu dan mendapati bahawa mereka mewakili : apa yang telah dibuat? Apa yang telah dikata? Apa yang telah terjadi?
ii) Pemilihan data (selecting data): faktor yang penting dipisahkan dari yang tidak penting. Faktor yang sama dikumpulkan dan maklumat yang kompleks diringkaskan/dipermudahkan.
iii) Penunujukan data (presenting data): data yang dipilih ditunjuk dalam bentuk yang mudah untuk diambil. Ia boleh ditulis dalam bentuk outline atau peta minda.
iv) Interpretasi data dan lakaran kesimpulan (interpreting data and drawing conclusions) : perhubungan diterangkan dan teori praktikal dibina untuk menyesuaikan apa yang dikaji. Teori atau model berhubungkait kepada fokus kajian.

2. Bentang buku (beberapa individu yang dipanggil secara rawak)
3. Fokuskan bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis.
4. laporkan dalam blog masing-masing.

Aktiviti 2: Jurnal
1. Bentang beberapa jurnal (beberapa individu akan dipanggil)
2. Fokus kepada bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis
3. laporkan dalam blog masing2

Aktiviti 3: Kolokium
1. Bentang (berapa individu akan dipanggil)
2. Fokuskan kepada bagaimana data dari pelbagai sumber dianalisis
3. Apakah kekuatan dan kelemahan?
4. Cadangkan penambahbaikan
5. laporkan dalam blog masing-masing

Friday, December 11, 2009

Tugasan Kelas:Aktiviti 13 (Tugasan 4 Mini KT)

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar / pentaksiran pembelajaran

Tajuk Mini Kajian Tindakan: Intergrasi Permainan Dadu Ajaib bersama Soalan Interaktif bagi Subjek Perdagangan

1. Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah ?

Ketika memilih tajuk ini kami menekankan beberapa aspek agar proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan menumpukan kepada hubungan dua hala. Terdapat beberapa teori yang kami jadikan sebagai garispanduan untuk melaksanakan kajian ini iaitu:

a) Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

Secara umumnya teori ini sesuai kepada semua peringkat umur dan menekankan kepada perkembangan individu. Vygotsky juga mencadangkan penemuan secara terbimbing dalam bilik darjah dengan bantuan guru. Maka amat sesuai dengan kajian yang kami jalankan, tambahan lagi dengan konsep Scaffolding yang disediakan oleh guru untuk membantu pelajar memperkembangkan kemahiran kognitif mereka. Selain itu juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan yang diberikan.

contoh scaffolding:

Guru menyediakan soalan interaktif yang berbentuk aneka pilihan disertakan juga dengan audio bunyi dan visual agar dapat membantu pelajar memberi jawapan dan menarik minat pelajar untuk berani menjawab dan tidak takut salah.

b) Teori Tingkah laku/Behavioris

Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskanbahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dalam kajian ini mat bertepatan dengan Mazhab yang diperkenalkan oleh Skinner: ABC's

Skinner: ABC's (Antecedents-Behavior-Consequences)

(Rangsangan-T/laku-Peneguhan / Dendaan) Dadu dijadikan rangsangan sebagai permainan, pelajar membaling dadu dan menjawab soalan interaktif sebagai tingkah laku dan peneguhan adalah berdasarkan mata yang diperolehi dari balingan dadu. Mata yang diperolehi akan dikumpulkan dan diberi hadiah atau markah bonus dalam ujian sebagai ganjaran kepada pelajar.

c) Teori Pembelajaran

Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.

Dengan kaedah ini dapat menekankan interaksi antara tingkah laku, faktor persekitaran dan faktor peribadi pelajar, dan ganjaran serta hukuman menyebabkan pelajar membentuk jangkaan dan harapan ke atas konsekuan daripada tingkah laku sebelum ini .

d) Teori Konstruktivisme

John Dewey menerangkan teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dengan kaedah yang kami lakukan akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata pelajar. Di mana guru dapat mengubah persepsi pelajar mengenai sesuatu subjek menjadi tidak membosankan dengan meningkatkan lagikeyakinan dan penglibatan mereka di dalam kelas.

2. http://tip.psychology.org/theories.html. Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian. Mesti selaras dengan penyataan masalah dan tujuan/objektif /soalan kajian.

Kerangka teoritikal

Menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan sebagai panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.

i. Membuat Tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang dikaji.

ii. Memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

iii. Membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan.

iv. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.

v. Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.vi. Memberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi dengan menepati ciri kerangka teoritikal yang baik :

  • Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji.
  • Panduan mencari kajian-kajian lepas.-Memilih aspek yang difokus.
  • Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
  • Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai. Kajian lepas Bagi mengenal pasti dan mengesahkan kerangka teoritikal, membuat tinjauan terhadap hasil kajian lepas dapat memberi penjelasan terhadap bidang kajian dan asas data kajian mengenai seseorang yang telah melaksanakan kajian, mengumpul dan menganalisis data.

vii. Soalan-soalan yang ditimbulkan akan menjurus kepada hasil kajian yang berkait dengan fenomena kajian yang sedang dilakukan. Kajian-kajian dahulu boleh dianalisis, dikritik dan diulas supaya ruang lingkup kajian berkenaan lebih menarik. Literatur mengandungi tiga bahagian iaitu pengenalan, isi mengenai kajian-kajian lepas dan kesimpulan.

Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan sama ada sama atau hampir sama. Karena hakikat kerangka konseptual adalah ”hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah lain”, maka dapat ditunjukkan dengan hal-hal sebagai berikut:

  • Mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah bebas dan pembolehubah terikatnya. Hubungan ini harus memperoleh pengakuan/maklumat secara ilmiah, dari sumber-sumber rujukan ilmiah abkan secara ilmiah apabila dikutip dari sumber-sumber ilmiah yang ada, seperti teori-teori dari buku teks, kesimpulan penelitian orang lain di jurnal, skripsi, tesis, atau disertasi, atau pendapat dan pemikiran pakar/ahli (expert judgement).
  • Penelitian komparatif iaitu penelitian yang bermaksud membandingkan suatu objek dengan objek lainnya, maka kerangka konseptualnya dapat disusun sebagai berikut:

- Mengemukakan bagaimana perbedaan suatu objek dengan objek lainnya. Perbezaan ini harus memperoleh sokongan secara ilmiah, dari sumber-sumber rujukan ilmiah.

- Diakhiri dengan menggambarkan bentuk penelitian komparatif yang boleh diadaptasi dari bentuk penelitian kajian.

Kerangka Operasional Kajian

 Definisi operasional merupakan bahagian yang mendefinisikan sebuah konsep/pembolehubah agar boleh diukur, dengan cara melihat pada dimensi (indikator) dari suatu konsep/pembolehubah .

 Dimensi (indikator) dapat dilihat: perilaku, aspek, atau sifat/karakteristik. Dengan demikian definisi operasional lebih menekankan kepada hal-hal yang dapat dijadikan sebagai ukuran/indikator dari suatu pembolehubah, dan ukuran/indikator tersebut tidak abstrak, namun mudah diukur atau dinilai.

 Hal-hal yang perlu dikemukakan dalam definisi operasional adalah definisi yang jelas dari pembolehubah, yang di dalam definisi tersebut sudah ada indikator/kriteria/ukuran yang bisa menjadi pedoman untuk mengukur atau menilai variabel. Tanpa indikator, maka sesuatu yang didefinisikan bukanlah definisi operasional, tetapi hanya sekedar definisi umum dari pembolehubah.

Wednesday, December 9, 2009

Tugasan Kelas : Aktiviti 12

PEMURNIAN

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan,objektif kajian
TAJUK:INTEGRASI PERMAINAN DADU AJAIB BERSAMA SOALAN INTERAKTIF DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGAN
PERNYATAAN MASALAH
1. Pelajar sukar untuk mengingati fakta-fakta dan istilah-istilah yang terdapat dalam subjekPerdagangan.
2. Pelajar kurang berminat dengan subjek Perdagangan kerana terdapat banyak fakta yang perlu diingat dan difahami.
3. Penggunaan kaedah yang sama setiap kali mengajar membuatkan pelajar bosan.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap matapelajaran Perdagangan.
2.Dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari subjek Perdagangan dengan menggunakan kaedah permainan dadu dan soalan interaktif.
TUJUAN
Meningkatkan ingatan dan minat para pelajar dalam matapelajaran Perdagangan melalui kaedah Permainan Dadu Ajaib bersama Soalan Interaktif

Disediakan oleh:Nazratul Hanim, Siti Amirah & Sahirah

Tugasan Kelas : Aktiviti 11

Berdasarkan 3 jurnal

Apa penyataan masalah dalam kajian? Bagaimana mereka melapor penyataan masalah?

JURNAL 1:

Tajuk : Helping Students to Add Detail and Flair to Their Stories

Masalah yang dijadikan kajian:

  • Kesukaran pelajar menulis cerita.
  • Pelajar kurang pengetahuan tentang perbezaan komponen cerita.

Mereka melaporkan pernyataan masalah dengan hasil penulisan semula cerita yang telah dibacakan dan mereka baca. Selain itu juga dengan menemubual guru-guru dan ibubapa pelajar berkenaan mengenai tahap penguasaan mereka sebelum ini.

JURNAL 2:

Tajuk : "It's about the Kids": Transforming Teacher-Student Relationships through Action Research

Masalah yang dijadikan kajian:

  • Kurangnya hubungan interpersonal dengan pelajar
  • Pelajar kurang faham tugas sebagai 'learner"
  • Pelajar kurang bersuara di dalam kelas

Pengkaji melaporkan permasalahan kajian dengan menemubual, survey dan borang soal selidik guru dan pelajar disekolah berkenaan. Memerhati kurangnya tindak balas dari pelajar kepada ketika dikelas apabila tidak berani menjawab pertanyaan guru.

JURNAL 3:

Tajuk : Rural Community Input to School District Strategic Planning: An Action Research Model Using Focus Groups

Masalah yang dijadikan kajian:

  • Kurangnya komunikasi antara sekolah dan masyarakat menyebabkan kesan yang negatif dalam hubungan.

Pengkaji melaporkan permasalahan kajian dengan menemubual, survey dan borang soal selidik guru dan penduduk bandar berkenaan. Membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku pelajar dengan penduduk dan sering melanggar peraturan, ponteng sekolah dan pandangan serong dari masyarakat.

Tugasan Kelas : Aktiviti 10

Berdasarkan buku yang anda baca:

Tajuk: Teachers Investigate Their Work:An Introduction To Action Research Across The Professions

- Bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan.

  • Sejauh manakah guru mengaplikasikan teori-teori ke dalam proses P&P dan pembentukan disiplin, keyakinan dan penglibatan pelajar.
  • Guru menghadapi konflik antara meyakinkan para pelajar agar mempunyai pengetahuan tertentu yang diperlukan untuk memenuhi syarat peperiksaan dengan memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menerokai pengetahuan yang perlu bagi diri mereka sendiri.
  • Guru menghadapi dilema untuk memberi perhatian yang lebih kepada keperluan satu kumpulan kecil (kumpulan pelajar yang amat pintar) : dengan mementingkan keperluan kumpulan pelajar yang merupakan majoriti dalam kelas.

Friday, December 4, 2009

TUGASAN 1- ULASAN BUKU

Tajuk: Teachers Investigate Their Work:An Introduction To Action Research
Across The Professions

Penulis: Herbert Altrichter, Allan Feldman, Peter Posch & Bridget Somekh

Maksud Kajian Tindakan
  • Dinamakan Kajian : kerana sistematik, inkuiri kritikal telah dibuat kepada orang ramai
  • Dinamakan Tindakan : . mereka menggunakan sistem yang mencuba untuk memperbaiki dan memahami apa yang ingin dikaji.
  • Suatu kajian tentang interaksi sosial dengan pandangan untuk meningkatkan dan menambahbaikkan kualiti melaluinya.
  • Kajian untuk meningkatkan kualiti tindakan profesional menjadi lebih baik dan berkesan apabila bekerja.

Kenapa Guru Melakukan Kajian Tindakan ?
  • Bukan hanya untuk meningkatkan pembangunan kerja mereka di sekolah akan tetapi meluaskan pengetahuan dan kecekapan mereka secara profesional.
  • Untuk berkongsi pengetahuan mereka kepada kolej, pelajar dan ibu bapa dalam bentuk bertulis secara meluas kepada orang ramai.
  • Mereka terlibat untuk membina kekuatan dan menangani kelemahan yang akan datang.
  • Guru boleh mendemonstrasikan pengetahuan mereka mengenai strategi-strategi pengajaran dalam bentuk perlakuan tidak hanya terikat dengan pengajaran mereka secara rutinnya.

Bila Guru Melakukan Kajian Tindakan ?
  • Bila terdapat permasalahan dikalangan pelajar cth: prestasi pelajaran, masalah disiplin, tidak memberi penumpuan dalam kelas.
  • Bila guru ingin menguji idea dan strategi baru untuk mengetahui keberkesanannya.
  • Bila guru ingin meningkatkan kualitinya pengajarannya dalam profesion pendidikan.
  • Bila guru ingin mengetahui aspek dalam pengajarannya untuk meningkatkan atau membangunkan pekerjaan hariannya dan perhubungan dengan pelajar, sekolah, rakan sekerja dan pengetua sekolah.
Di mana Guru Melakukan Kajian Tindakan ?
  • Sekolah:
    - Bilik Darjah
    - Makmal
Bagaimana Guru Melakukan Kajian Tindakan ?
  • Menggunakan 9 langkah:
    1.Mengenalpasti kumpulan sokongan kajian
    2.Mengenalpasti pasangan kolaborasi kajian
    3.Mula merekod aktiviti kajian
    4.Membuat keputusan terhadap isu kajian dan memulakan penyiasatan.
    5.Menjelaskan isu permulaan
    6.Mengumpulkan data secara sistematik
    7.Menganalisis data
    8.Meningkatkan strategi tindakan dan meletakkannya dalam perlakuan.
    9.Berkongsi pengetahuan kepada umum.

Model Reka Bentuk Kajian Tindakan/ Prosedur/ Pengumpulan Penganalisaan Data
  • The constructive analysis of data (160)
  • Practical theories to action (87)
  • Karen’s advisory framework. (81)
  • Possible Sources for starting point. (43)
  • Circle of action and reflection. (8)

Sunday, November 22, 2009

TUGASAN KELAS

Aktiviti 9 : Tugasan 4 – Objektif keseluruhan Mini Kajian Tindakan


Matlamat kajian tindakan kami secara umumnya dapat kami perjelaskan sebagai ;

‘Pembelajaran, Pengamatan & Aplikasi dalam Kehidupan’


Konsep/matlamat akhir yang kami terjemahkan seperti ayat diatas adalah kerana penyertaan ini melambangkan penerokaan & penilaian keatas perkembangan pemikiran dan kognitif pelajar. Hal ini kerana, di dalam kelas guru berfungsi sebagai pemberi ilmu secara teori pada pelajar. Pelajar sendirilah yang perlu membuat pemerhatian, pengamatan, penilaian dan seterusnya mengaplikasi apa yang diperhatikanya dalam kehidupan seharian. Kami ingin menerapkan pada pelajar bahawa, dalam dunia perdagangan dan jual beli ini, kita semua akan terlibat sebagai penentunya. Walaupun kita bukan peniaga, tetapi kita juga adalah pengguna yang membuat permintaan kepada pengeluar. Pengguna mempunyai hak dalam mengawal keseimbangan ekonomi dan aktiviti perdagangan yang wujud dalam kehidupan kita seharian. Oleh hal demikian, pengetahuan & minat pada dunia perdagangan adalah perlu diterapkan dalam jiwa setiap pelajar.

Bentuk Soalan Kajian.
Bagaimana (proses)
Prosedur/ Proses-proses Mini Kajian Tindakan kami melibatkan ;
  1. Kajian berdasarkan topik
  2. Persoalan-persoalan dalam kajian tindakan dan soalan berkaitan
  3. Rumusan aktiviti dalam kelas
  4. Mengumpul dan menganalis dapatan kajian seterusnya diterjemahkan dalam bentuk data.
  5. Membuat report/ulasan berkaitan kajian
  6. Persembahkan kajian dalam majlis formal atau digunakan untuk menyambung pengajian.

Adakah (Penilaian Proses)

Aktiviti 8 : Tugasan 4 - Cadangan Atasi Kelemahan

Individu:
Pada pandangan saya adalah elok aktiviti ini ditekankan untuk topik-topik yang memerlukan kefahaman dan daya ingatan yang tinggi. Soalan juga boleh disertakan soalan peperiksaan tahun-tahun lalu. Guru juga perlu menghadkan masa untuk pelajar menjawab bagi mengelakkan kesuntukan waktu.


Pasukan:
Bagi menangani masalah kekangan masa untuk menjalankan aktiviti guru perlu memberitahu pelajar terlebih dahulu agar bersedia untuk belajar dari awal sebelum melakukan aktiviti, kerana mereka perlukan kefahaman dan kemahiran mengingat.
Penglibatan - bagi melibatkan semua pelajar dalam aktiviti ini. Pelajar perlu dikumpulkan dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang, teknik ini dinamakan “number head together” di mana setiap pelajar dalam kumpulan mempunyai nombor masing-masing. Ia boleh melibatkan semua apabila guru akan memilih nombor secara rawak, membolehkan semua pelajar bersedia.


Pasukan lain:
Guru perlu menunjukkan sehingga pelajar faham apa yang perlu dilakukan dan arahan yang diberi perlu jelas. Aktiviti ini juga boleh dijadikan selingan ketika guru melakukan pengajaran bagi mengelakkan pelajar cepat bosan dan boleh menumpukan perhatian terhadap topik yang diajar.


Literature Review:
Cadangan ini dikesahkan lagi berdasarkan buku dan jurnal teknik “number head together” selalu digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dikelas.

Aktiviti 7 : Tugasan 4 – Kelemahan Mini Kajian Tindakan

Pengalaman/refleksi individ:

  • Memerlukan masa yang lama untuk dijalankan
  • Penglibatan pelajar terhad
  • Soalan yang dikemukakan terhad

Pengalaman/refleksi dalam pasukan:
Kelemahan permainanan dadu ini ialah memerlukan masa yang lama untuk dijalankan. Ini kerana di sekolah masa bagi sesuatu P&P telah ditetapkan dan kita tidak boleh mengambil masa matapelajaran lain. Selain itu, penglibatan pelajar juga terhad kerana tidak semua pelajar berpeluang menyertai permainan yang dijalankan.Hanya sesetengah pelajar sahaja sempat belajar menggunakan permainan ini kerana kekangan masa. Begitu juga bagi penggunaan soalan interaktif, kebiasaannya soalan dan jawapan yang dikemukan adalah terhad. Soalan yang biasa dikemukakan hanya berbentuk soalan pilihan jawapan yang mana soalan jenis ini tidak boleh mengukur tahap kefahaman pelajar tentang subjek yang diajar.


Pengalaman dari luar pasukan
Berdasarkan temubual yang dijalankan, rata-rata mengatakan kelemahan utama kaedah permainan dadu ajaib dan soalan interaktif ini ialah masa. Masa yang panjang diperlukan untuk aktiviti ini. Kadang-kadang terdapat ramai pelajar yang rasa kecil hati kerana tidak berpeluang untuk bermain permainan ini. Soalan-soalan yang digunakan juga tidak boleh dipelbagaikan. Hanya soalan-soalan berbentuk aneka pilihan dan soalan struktur sahaja yang boleh digunakan. Soalan bentuk esei tidak boleh digunakan kerana permainan ini dijalankan secara cepat dan jawapan yang dikehendaki perlu dikemukakan pada masa yang sama. Selain daripada itu, kelemahan pendekatan penambahbaikan yang kami utarakan dalam mini kajian tindakan kami adalah kemudahan ICT. Mereka menyatakan walaupun kemudahan ICT kini adalah meluas perkhidmatan dan penggunaanya, tetapi masih ada sekolah yang belum memiliki atau memilki kemudahan ini secara terhad. Malah, jika kemudahan ini ada, kemungkinan hanya ditempatkan di makmal computer . ini menimbulkan kesukaran yang mana pelajar perlu bergerak ke makmal setiap kali P&P subjek perdagangan bermula. Maka, situasi ini pasti akan memakan lebih banyak masa yang perlu diperuntukan untuk P&P subjek perdagangan.


Berdasarkan literature review:
Banyak literature review yang menyatakan soalan jenis aneka pilihan tidak mampu untuk menguji tahap kefahaman pelajar kerana soalan-soalan ini telah diberikan pilihan jawapan yang mana pelajar boleh memilih sahaja jawapan daripada pilihan yang diberikan.Walaupun pelajar tidak memahami soalan yang diberikan, dia masih boleh menjawab soalan tersebut dengan memilih mana-mana jawapan.

Aktiviti 6 : Tugasan 4 – Kekuatan Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan kami adalah intergrasi permainan dadu ajaib bersama soalan interaktif bagi subjek perdagangan. Berdasarkan tajuk ini, kekuatan pengajaran subjek perdagangan dari aspek ;

Pengalaman/refleksi secara individu :
Berdasarkan pengalaman saya semasa waktu sekolah dahulu, kaedah pengajaran 1 hala yang mana guru mengusai/dominan di dalam kelas. Kaedah pengajaran ini melibatkan aktiviti seperti menyalin nota dari papan hitam, guru memberi penerangan ringkas dan kemudian pelajar perlu membuat latihan yang terdapat dalam buku teks. Latihan tersebut merupakan kerja rumah. Esoknya bagi mata pelajaran yang sama, pelajar perlu menghantar latihan dan guru memulakan topik baru. Kelemahan wujud apabila soalan yang tidak difahami pelajar tidak diperbincangkan oleh guru lagi. Perbincangan hanya akan dilakukan ketika peperiksaan sebenar hampir tiba.
Maka, dalam hal ini, saya mendapati kekuatan kaedah pengajaran yang kumpulan kami adakan adalah menjalankan perbincangan serentak semasa P&P subjek berkenaan. Ini dilakukan melalui penggunaan soalan interaktif yang kami ajukan pada pelajar selepas penerangan guru. Maka disini saya mendapati, tahap kefahan pelajar akan dapat dinilai jika ia tidak menjawab soalan dengan tepat. Maka guru perlu menerangkan sekali lagi supaya pelajar lebih jelas dengan topik berkenaan.

Pengalaman/refleksi dalam pasukan ;

  • Hasil dari perbincangan antara ahli kumpulan, kami mendapati bahawa pengalaman P&P yang kami lalui di sekolah dahulu adalah hampir sama. Guru menggunakan pendekatan P&P 1 hala. Ia melibatkan aktiviti salin nota, penerangan guru yang menggunakan pendekatan syarahan (pelajar tidak berpeluang bertanya apa yang mereka tidak faham) dan membuat latihan (kerja rumah atau siapkan pada waktu kelas). Pada hari berikutnya untuk subjek yang sama, guru memulangkan buku latihan kami dan memulakan topik baru. Maka disini dapat dikatakan kelemahan yang ketara wujud apabila guru hanya memikirkan untuk menghabiskan silibus pengajaran dan mengambil ringan tahap kefahaman pelajar. Pendekatan ini boleh membunuh minat pelajar untuk meminati subjek perdagangan. Hal ini kerana, jika dari awal mereka telah mengalami kekeliruan objektif /kepentingan subjek perdagagan ini, mereka akan hilang minat untuk terus belajar subjek berkenaan.
  • Maka melalui pendekatan intergrasi permainan dan latihan menjawab soalan yang kami lakukan di dalam waktu P&P perdagangan diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek ini. Kami menggabungkan 2 kaedah/peringkat P&P dalam satu masa.
  • Kaedah kuliah & soal jawab antara guru dan murid berkaitan topik yang diajar.
  • Aktiviti perbincangan dalam kumpulan, permaianan dadu ajaib dan ujian kefahaman pelajar melalui soalan intraktif.
  • Kami turut menerapkan konsep ganjaran & dendaan dalam kaedah pengajaran kami ini. Markah akan dikira berdasarkan bilangan dadu yang diperolehi pelajar. Konsep ganjaran digunakan apabila pelajar menjawab soalan yang diberi dengan tepat, maka markah kumpulan akan diberi berdasarkan nombor pada balingan dadu yang dilakukan oleh kumpulan terbabit. Konsep dendaan pula diberi jika pelajar gagal menjawab soalan interaktif dengan tepat. Markah kumpulan akan ditolak berdasarkan nombor pada balingan dadu yang mereka perolehi.

Pengalaman dari pasukan lain ;
Menyatakan bahawa kaedah lama yang digunakan oleh guru berdasarkan pengalaman mereka menyatakan bahawa kaedah guru semasa mengajar subjek dahulu adalah guru tidak menggunakan sebarang ABM untuk meningkatkan kefahaman murid. Selain itu terdapat banyak fakta dalam subjek ini tetapi guru tidak menunjukkan cara-cara untuk meningkatkan ingatan murid.
Hasil dari temuramah yang kami lakukan berkaitan pandangan cara dan pendekatan P&P subjek perdagangan yang dijalankan, ternyata kaedah permainan tersebut adalah merupakan satu pendekatan yang wajar dijalankan. Mereka berpendapat bahawa kami telah melakukan transformasi dari aspek membuat latihan. Jika dulu, guru hanya member latihan melalui buku kerja atau buku teks yang perlu dijawab oleh murid dalam buku latihan masing-masing. Menurut kumpulan lain lagi, kaedah tranfomasi yang kami jalankan adalah apabila mengaplikasikan kemudahan ict dalam aktiviti P&P dalam kelas.

Berdasarkan Literature-Review
Kami mendepati pendekatan yang kami gunakan telah banyak digunakan dalam kajian tindakan pengkaji lain. Berdasarkan buku-buku dan jurnal-jurnal kajian tindakan yang telah kami baca, kami mendapati konsep seperti ganjaran dan dendaan, perbincangan kumpulan permainan adalah antara teknik kretif yang diperknalkan untuk mewujudkan P&P menarik di dalam kelas. Malah, kebanyakan kajian juga ada menyatakan bahawa kaedah pembelajaran 1 hala dan berunsurkan teacher canted perlu diminimumkan penggunaanya di dalam kelas. Penglibatan murid perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan percambahan minda dan minat mereka terhadap ilmu pelajaran yang diperolehi di dalam kelas.