Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Friday, December 11, 2009

Tugasan Kelas:Aktiviti 13 (Tugasan 4 Mini KT)

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar / pentaksiran pembelajaran

Tajuk Mini Kajian Tindakan: Intergrasi Permainan Dadu Ajaib bersama Soalan Interaktif bagi Subjek Perdagangan

1. Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah ?

Ketika memilih tajuk ini kami menekankan beberapa aspek agar proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan menumpukan kepada hubungan dua hala. Terdapat beberapa teori yang kami jadikan sebagai garispanduan untuk melaksanakan kajian ini iaitu:

a) Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

Secara umumnya teori ini sesuai kepada semua peringkat umur dan menekankan kepada perkembangan individu. Vygotsky juga mencadangkan penemuan secara terbimbing dalam bilik darjah dengan bantuan guru. Maka amat sesuai dengan kajian yang kami jalankan, tambahan lagi dengan konsep Scaffolding yang disediakan oleh guru untuk membantu pelajar memperkembangkan kemahiran kognitif mereka. Selain itu juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan yang diberikan.

contoh scaffolding:

Guru menyediakan soalan interaktif yang berbentuk aneka pilihan disertakan juga dengan audio bunyi dan visual agar dapat membantu pelajar memberi jawapan dan menarik minat pelajar untuk berani menjawab dan tidak takut salah.

b) Teori Tingkah laku/Behavioris

Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskanbahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dalam kajian ini mat bertepatan dengan Mazhab yang diperkenalkan oleh Skinner: ABC's

Skinner: ABC's (Antecedents-Behavior-Consequences)

(Rangsangan-T/laku-Peneguhan / Dendaan) Dadu dijadikan rangsangan sebagai permainan, pelajar membaling dadu dan menjawab soalan interaktif sebagai tingkah laku dan peneguhan adalah berdasarkan mata yang diperolehi dari balingan dadu. Mata yang diperolehi akan dikumpulkan dan diberi hadiah atau markah bonus dalam ujian sebagai ganjaran kepada pelajar.

c) Teori Pembelajaran

Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.

Dengan kaedah ini dapat menekankan interaksi antara tingkah laku, faktor persekitaran dan faktor peribadi pelajar, dan ganjaran serta hukuman menyebabkan pelajar membentuk jangkaan dan harapan ke atas konsekuan daripada tingkah laku sebelum ini .

d) Teori Konstruktivisme

John Dewey menerangkan teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dengan kaedah yang kami lakukan akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata pelajar. Di mana guru dapat mengubah persepsi pelajar mengenai sesuatu subjek menjadi tidak membosankan dengan meningkatkan lagikeyakinan dan penglibatan mereka di dalam kelas.

2. http://tip.psychology.org/theories.html. Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian. Mesti selaras dengan penyataan masalah dan tujuan/objektif /soalan kajian.

Kerangka teoritikal

Menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan sebagai panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.

i. Membuat Tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang dikaji.

ii. Memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

iii. Membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan.

iv. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.

v. Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.vi. Memberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi dengan menepati ciri kerangka teoritikal yang baik :

  • Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji.
  • Panduan mencari kajian-kajian lepas.-Memilih aspek yang difokus.
  • Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
  • Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai. Kajian lepas Bagi mengenal pasti dan mengesahkan kerangka teoritikal, membuat tinjauan terhadap hasil kajian lepas dapat memberi penjelasan terhadap bidang kajian dan asas data kajian mengenai seseorang yang telah melaksanakan kajian, mengumpul dan menganalisis data.

vii. Soalan-soalan yang ditimbulkan akan menjurus kepada hasil kajian yang berkait dengan fenomena kajian yang sedang dilakukan. Kajian-kajian dahulu boleh dianalisis, dikritik dan diulas supaya ruang lingkup kajian berkenaan lebih menarik. Literatur mengandungi tiga bahagian iaitu pengenalan, isi mengenai kajian-kajian lepas dan kesimpulan.

Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan sama ada sama atau hampir sama. Karena hakikat kerangka konseptual adalah ”hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah lain”, maka dapat ditunjukkan dengan hal-hal sebagai berikut:

  • Mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah bebas dan pembolehubah terikatnya. Hubungan ini harus memperoleh pengakuan/maklumat secara ilmiah, dari sumber-sumber rujukan ilmiah abkan secara ilmiah apabila dikutip dari sumber-sumber ilmiah yang ada, seperti teori-teori dari buku teks, kesimpulan penelitian orang lain di jurnal, skripsi, tesis, atau disertasi, atau pendapat dan pemikiran pakar/ahli (expert judgement).
  • Penelitian komparatif iaitu penelitian yang bermaksud membandingkan suatu objek dengan objek lainnya, maka kerangka konseptualnya dapat disusun sebagai berikut:

- Mengemukakan bagaimana perbedaan suatu objek dengan objek lainnya. Perbezaan ini harus memperoleh sokongan secara ilmiah, dari sumber-sumber rujukan ilmiah.

- Diakhiri dengan menggambarkan bentuk penelitian komparatif yang boleh diadaptasi dari bentuk penelitian kajian.

Kerangka Operasional Kajian

 Definisi operasional merupakan bahagian yang mendefinisikan sebuah konsep/pembolehubah agar boleh diukur, dengan cara melihat pada dimensi (indikator) dari suatu konsep/pembolehubah .

 Dimensi (indikator) dapat dilihat: perilaku, aspek, atau sifat/karakteristik. Dengan demikian definisi operasional lebih menekankan kepada hal-hal yang dapat dijadikan sebagai ukuran/indikator dari suatu pembolehubah, dan ukuran/indikator tersebut tidak abstrak, namun mudah diukur atau dinilai.

 Hal-hal yang perlu dikemukakan dalam definisi operasional adalah definisi yang jelas dari pembolehubah, yang di dalam definisi tersebut sudah ada indikator/kriteria/ukuran yang bisa menjadi pedoman untuk mengukur atau menilai variabel. Tanpa indikator, maka sesuatu yang didefinisikan bukanlah definisi operasional, tetapi hanya sekedar definisi umum dari pembolehubah.

1 comments:

cik 0rigami said...

assalam...sy mo jdkan tajuk ni rujukan kajian saya,ble bg maklumat2 seperti tahun, dapatan,nama pengkaji n apa2 yg berkaitan.. shazwani.66@gmail.com ASAP.TQ

Post a Comment