Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Sunday, November 22, 2009

TUGASAN KELAS

Aktiviti 9 : Tugasan 4 – Objektif keseluruhan Mini Kajian Tindakan


Matlamat kajian tindakan kami secara umumnya dapat kami perjelaskan sebagai ;

‘Pembelajaran, Pengamatan & Aplikasi dalam Kehidupan’


Konsep/matlamat akhir yang kami terjemahkan seperti ayat diatas adalah kerana penyertaan ini melambangkan penerokaan & penilaian keatas perkembangan pemikiran dan kognitif pelajar. Hal ini kerana, di dalam kelas guru berfungsi sebagai pemberi ilmu secara teori pada pelajar. Pelajar sendirilah yang perlu membuat pemerhatian, pengamatan, penilaian dan seterusnya mengaplikasi apa yang diperhatikanya dalam kehidupan seharian. Kami ingin menerapkan pada pelajar bahawa, dalam dunia perdagangan dan jual beli ini, kita semua akan terlibat sebagai penentunya. Walaupun kita bukan peniaga, tetapi kita juga adalah pengguna yang membuat permintaan kepada pengeluar. Pengguna mempunyai hak dalam mengawal keseimbangan ekonomi dan aktiviti perdagangan yang wujud dalam kehidupan kita seharian. Oleh hal demikian, pengetahuan & minat pada dunia perdagangan adalah perlu diterapkan dalam jiwa setiap pelajar.

Bentuk Soalan Kajian.
Bagaimana (proses)
Prosedur/ Proses-proses Mini Kajian Tindakan kami melibatkan ;
  1. Kajian berdasarkan topik
  2. Persoalan-persoalan dalam kajian tindakan dan soalan berkaitan
  3. Rumusan aktiviti dalam kelas
  4. Mengumpul dan menganalis dapatan kajian seterusnya diterjemahkan dalam bentuk data.
  5. Membuat report/ulasan berkaitan kajian
  6. Persembahkan kajian dalam majlis formal atau digunakan untuk menyambung pengajian.

Adakah (Penilaian Proses)

Aktiviti 8 : Tugasan 4 - Cadangan Atasi Kelemahan

Individu:
Pada pandangan saya adalah elok aktiviti ini ditekankan untuk topik-topik yang memerlukan kefahaman dan daya ingatan yang tinggi. Soalan juga boleh disertakan soalan peperiksaan tahun-tahun lalu. Guru juga perlu menghadkan masa untuk pelajar menjawab bagi mengelakkan kesuntukan waktu.


Pasukan:
Bagi menangani masalah kekangan masa untuk menjalankan aktiviti guru perlu memberitahu pelajar terlebih dahulu agar bersedia untuk belajar dari awal sebelum melakukan aktiviti, kerana mereka perlukan kefahaman dan kemahiran mengingat.
Penglibatan - bagi melibatkan semua pelajar dalam aktiviti ini. Pelajar perlu dikumpulkan dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang, teknik ini dinamakan “number head together” di mana setiap pelajar dalam kumpulan mempunyai nombor masing-masing. Ia boleh melibatkan semua apabila guru akan memilih nombor secara rawak, membolehkan semua pelajar bersedia.


Pasukan lain:
Guru perlu menunjukkan sehingga pelajar faham apa yang perlu dilakukan dan arahan yang diberi perlu jelas. Aktiviti ini juga boleh dijadikan selingan ketika guru melakukan pengajaran bagi mengelakkan pelajar cepat bosan dan boleh menumpukan perhatian terhadap topik yang diajar.


Literature Review:
Cadangan ini dikesahkan lagi berdasarkan buku dan jurnal teknik “number head together” selalu digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dikelas.

Aktiviti 7 : Tugasan 4 – Kelemahan Mini Kajian Tindakan

Pengalaman/refleksi individ:

  • Memerlukan masa yang lama untuk dijalankan
  • Penglibatan pelajar terhad
  • Soalan yang dikemukakan terhad

Pengalaman/refleksi dalam pasukan:
Kelemahan permainanan dadu ini ialah memerlukan masa yang lama untuk dijalankan. Ini kerana di sekolah masa bagi sesuatu P&P telah ditetapkan dan kita tidak boleh mengambil masa matapelajaran lain. Selain itu, penglibatan pelajar juga terhad kerana tidak semua pelajar berpeluang menyertai permainan yang dijalankan.Hanya sesetengah pelajar sahaja sempat belajar menggunakan permainan ini kerana kekangan masa. Begitu juga bagi penggunaan soalan interaktif, kebiasaannya soalan dan jawapan yang dikemukan adalah terhad. Soalan yang biasa dikemukakan hanya berbentuk soalan pilihan jawapan yang mana soalan jenis ini tidak boleh mengukur tahap kefahaman pelajar tentang subjek yang diajar.


Pengalaman dari luar pasukan
Berdasarkan temubual yang dijalankan, rata-rata mengatakan kelemahan utama kaedah permainan dadu ajaib dan soalan interaktif ini ialah masa. Masa yang panjang diperlukan untuk aktiviti ini. Kadang-kadang terdapat ramai pelajar yang rasa kecil hati kerana tidak berpeluang untuk bermain permainan ini. Soalan-soalan yang digunakan juga tidak boleh dipelbagaikan. Hanya soalan-soalan berbentuk aneka pilihan dan soalan struktur sahaja yang boleh digunakan. Soalan bentuk esei tidak boleh digunakan kerana permainan ini dijalankan secara cepat dan jawapan yang dikehendaki perlu dikemukakan pada masa yang sama. Selain daripada itu, kelemahan pendekatan penambahbaikan yang kami utarakan dalam mini kajian tindakan kami adalah kemudahan ICT. Mereka menyatakan walaupun kemudahan ICT kini adalah meluas perkhidmatan dan penggunaanya, tetapi masih ada sekolah yang belum memiliki atau memilki kemudahan ini secara terhad. Malah, jika kemudahan ini ada, kemungkinan hanya ditempatkan di makmal computer . ini menimbulkan kesukaran yang mana pelajar perlu bergerak ke makmal setiap kali P&P subjek perdagangan bermula. Maka, situasi ini pasti akan memakan lebih banyak masa yang perlu diperuntukan untuk P&P subjek perdagangan.


Berdasarkan literature review:
Banyak literature review yang menyatakan soalan jenis aneka pilihan tidak mampu untuk menguji tahap kefahaman pelajar kerana soalan-soalan ini telah diberikan pilihan jawapan yang mana pelajar boleh memilih sahaja jawapan daripada pilihan yang diberikan.Walaupun pelajar tidak memahami soalan yang diberikan, dia masih boleh menjawab soalan tersebut dengan memilih mana-mana jawapan.

Aktiviti 6 : Tugasan 4 – Kekuatan Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan kami adalah intergrasi permainan dadu ajaib bersama soalan interaktif bagi subjek perdagangan. Berdasarkan tajuk ini, kekuatan pengajaran subjek perdagangan dari aspek ;

Pengalaman/refleksi secara individu :
Berdasarkan pengalaman saya semasa waktu sekolah dahulu, kaedah pengajaran 1 hala yang mana guru mengusai/dominan di dalam kelas. Kaedah pengajaran ini melibatkan aktiviti seperti menyalin nota dari papan hitam, guru memberi penerangan ringkas dan kemudian pelajar perlu membuat latihan yang terdapat dalam buku teks. Latihan tersebut merupakan kerja rumah. Esoknya bagi mata pelajaran yang sama, pelajar perlu menghantar latihan dan guru memulakan topik baru. Kelemahan wujud apabila soalan yang tidak difahami pelajar tidak diperbincangkan oleh guru lagi. Perbincangan hanya akan dilakukan ketika peperiksaan sebenar hampir tiba.
Maka, dalam hal ini, saya mendapati kekuatan kaedah pengajaran yang kumpulan kami adakan adalah menjalankan perbincangan serentak semasa P&P subjek berkenaan. Ini dilakukan melalui penggunaan soalan interaktif yang kami ajukan pada pelajar selepas penerangan guru. Maka disini saya mendapati, tahap kefahan pelajar akan dapat dinilai jika ia tidak menjawab soalan dengan tepat. Maka guru perlu menerangkan sekali lagi supaya pelajar lebih jelas dengan topik berkenaan.

Pengalaman/refleksi dalam pasukan ;

  • Hasil dari perbincangan antara ahli kumpulan, kami mendapati bahawa pengalaman P&P yang kami lalui di sekolah dahulu adalah hampir sama. Guru menggunakan pendekatan P&P 1 hala. Ia melibatkan aktiviti salin nota, penerangan guru yang menggunakan pendekatan syarahan (pelajar tidak berpeluang bertanya apa yang mereka tidak faham) dan membuat latihan (kerja rumah atau siapkan pada waktu kelas). Pada hari berikutnya untuk subjek yang sama, guru memulangkan buku latihan kami dan memulakan topik baru. Maka disini dapat dikatakan kelemahan yang ketara wujud apabila guru hanya memikirkan untuk menghabiskan silibus pengajaran dan mengambil ringan tahap kefahaman pelajar. Pendekatan ini boleh membunuh minat pelajar untuk meminati subjek perdagangan. Hal ini kerana, jika dari awal mereka telah mengalami kekeliruan objektif /kepentingan subjek perdagagan ini, mereka akan hilang minat untuk terus belajar subjek berkenaan.
  • Maka melalui pendekatan intergrasi permainan dan latihan menjawab soalan yang kami lakukan di dalam waktu P&P perdagangan diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek ini. Kami menggabungkan 2 kaedah/peringkat P&P dalam satu masa.
  • Kaedah kuliah & soal jawab antara guru dan murid berkaitan topik yang diajar.
  • Aktiviti perbincangan dalam kumpulan, permaianan dadu ajaib dan ujian kefahaman pelajar melalui soalan intraktif.
  • Kami turut menerapkan konsep ganjaran & dendaan dalam kaedah pengajaran kami ini. Markah akan dikira berdasarkan bilangan dadu yang diperolehi pelajar. Konsep ganjaran digunakan apabila pelajar menjawab soalan yang diberi dengan tepat, maka markah kumpulan akan diberi berdasarkan nombor pada balingan dadu yang dilakukan oleh kumpulan terbabit. Konsep dendaan pula diberi jika pelajar gagal menjawab soalan interaktif dengan tepat. Markah kumpulan akan ditolak berdasarkan nombor pada balingan dadu yang mereka perolehi.

Pengalaman dari pasukan lain ;
Menyatakan bahawa kaedah lama yang digunakan oleh guru berdasarkan pengalaman mereka menyatakan bahawa kaedah guru semasa mengajar subjek dahulu adalah guru tidak menggunakan sebarang ABM untuk meningkatkan kefahaman murid. Selain itu terdapat banyak fakta dalam subjek ini tetapi guru tidak menunjukkan cara-cara untuk meningkatkan ingatan murid.
Hasil dari temuramah yang kami lakukan berkaitan pandangan cara dan pendekatan P&P subjek perdagangan yang dijalankan, ternyata kaedah permainan tersebut adalah merupakan satu pendekatan yang wajar dijalankan. Mereka berpendapat bahawa kami telah melakukan transformasi dari aspek membuat latihan. Jika dulu, guru hanya member latihan melalui buku kerja atau buku teks yang perlu dijawab oleh murid dalam buku latihan masing-masing. Menurut kumpulan lain lagi, kaedah tranfomasi yang kami jalankan adalah apabila mengaplikasikan kemudahan ict dalam aktiviti P&P dalam kelas.

Berdasarkan Literature-Review
Kami mendepati pendekatan yang kami gunakan telah banyak digunakan dalam kajian tindakan pengkaji lain. Berdasarkan buku-buku dan jurnal-jurnal kajian tindakan yang telah kami baca, kami mendapati konsep seperti ganjaran dan dendaan, perbincangan kumpulan permainan adalah antara teknik kretif yang diperknalkan untuk mewujudkan P&P menarik di dalam kelas. Malah, kebanyakan kajian juga ada menyatakan bahawa kaedah pembelajaran 1 hala dan berunsurkan teacher canted perlu diminimumkan penggunaanya di dalam kelas. Penglibatan murid perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan percambahan minda dan minat mereka terhadap ilmu pelajaran yang diperolehi di dalam kelas.

Friday, November 13, 2009

Tugasan Kelas: Aktiviti 5 Buku & Mini Kajian Tindakan

MENGAPA guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan???

  1. Dapat mengetahui teknik atau kaedah yang terbaik bagi diaplikasikan semasa proses P&P di dalam kelas.
  2. Sebagai garispanduan untuk membaiki kaedah mengajar sedia ada.
  3. Untuk meningkatkan kualiti tentang sesuatu pengajaran yang dilakukan di sekolah yang mana boleh meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran.
  4. Untuk membantu guru menangani cabaran dan masalah yang timbul di sekolah dengan
    pelbagai cara dan kaedah supaya segala permasalahan yang timbul dapat diatasi.
  5. Untuk menggalakkan guru meluaskan ilmu pengetahuan supaya tidak hanya bergantung
    kepada ilmu yang sedia ada sahaja serta memupuk semangat untuk berkongsi ilmu dengan
    orang lain seperti guru-guru, pelajar dan masyarakat serta dapat meningkatkan tahap
    competency seorang guru.
  6. Untuk mendapatkan idea-idea dan strategi-strategi baru dalam pengajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.

Ahli kumpulan :
Nazratul Hanim (P52058)
Sahirah (P52044)
Siti Amirah (P52048)

Tugasan Kelas: aktiviti 4- Tajuk Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan perbincangan di antara ahli kumpulan, kami telah sepakat untuk memilih tajuk berikut untuk dijadikan mini kajian tindakan bagi kumpulan kami.Tajuk yang telah dipilih adalah seperti yang berikut:-
"Intergrasi Permainan Dadu Ajaib Bersama Soalan Interaktif Bagi Subjek Perdagangan"

Peserta kajian :kami telah sepakat memilih pelajar dari kelas tingkatan 4 aliran perdagangan. Tumpuan kami adalah pada kelas/ pelajar yang berpencapaian sederhana.

Setting Kajian : Berlangsung ketika sesi P&P yang mana terdapat 2 peringkat aktiviti P&P yang dijalankan di dalam kelas.

Perbincangan bersama : nazratul hanim, siti amirah & sahirah

Monday, November 9, 2009

Tugasan Kelas: Aktiviti 1: Perbincangan Ulasan Buku (Definisi KT)

Tajuk Buku :

1. Supporting learning professionally, doing action research.
2. Teachers investigate their work – An introduction to action research across the professions.


Apa Itu Kajian Tindakan ????
Pakar dalam kajian pendidikan menganggap kajian adalah merupakan sebahagian daripada rutin seharian di sekolah.
Sumber/maklumat berkaitan kajian tindakan diperolehi melalui internet sebagai rujukan asas untuk memulakan kajian di dalam kelas serta untuk mendapatkan data.
Perbincangan kefahaman berkaitan Kajian Tindakan
Kajian melibatkan pengamatan keatas pelajar untuk melihat sikap & tingkah laku pelajar didalam kelas. Pengamatan ini kemudian akan dianalisis dan ini mewujudkan kajian tindakan di sekolah.
Satu cara yang digunakan oleh guru & ahli professional bagi penambahbaikan dalam profesion mereka sebagai seorang guru untuk menjana pengetahuan tentang aplikasi pengajaran.
Ini memperlihatkan peranan guru sebagai pendidik, pengajar serta pengkaji di sekolah.
Umumnya, kajian menggunakan maklumat yang diperolehi seharian. Maklumat tersebut dikategorikan, penggunaan cara sistematik yang mana ia bertujuan pembangunan teori baru berkaitan permasalahan P&P seharian. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan professional seperti pembentangan seminar atau sebagai bahan untuk melanjutkan pelajaran.


Ahli kumpulan :

Nazratul Hanim (P52058)

Sahirah (P52044)

Siti Amirah (P52048)

Tugasan Kelas: Aktiviti 2: Perbincangan Jurnal Kumpulan

Jurnal 1

Penyataan Masalah :
Kesukaran pelajar memahami pengajaran guru & teknik pembacaan yang lemah di kalangan pelajar.

Kaedah Penyelesaian :

  • Penulis menggunakan teknik penceritaan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan para pelajar.
  • Kaedah tersebut melibatkan teknik2;
    1. gambaran pada penceritaan
    2. daripada gambaran, pelajar perlu terjemahkan kepada penulisan
    3. menggunakan kaedah 4w (what,when,who,where) 1H (how)
    4. pembinaan carta/peta mindb

Dapatan Kajian :

  • Berlaku perubahan iaitu peningkatan terhadap tahap pemahaman, ingatan dan penceritaan para pelajar.
  • Indikator : melalui pra & post test.
  • Markah ujian dikira berdasarkan bil perkataan, bilangan ingatan, elemen tatabahasa & kadar skor holistik.

Ulasan :

Kami dapati kajian tindakan ini adalah bertepatan dengan objektif asalnya iaitu untuk meningkatkan tahap ingatan & pemahaman para pelajar. ia terbukti melalui ujian yang dijalankan. selain itu, ukuran kualitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pengamatan pengkaji yang mana pelajar mula menunjukkan keyakinan diri untuk menceritakan kembali apa yang mereka baca atau apa yang diajar oleh guru.

Jurnal 2

Pernyataan Masalah :
Kaedah pengajaran tradisional telah melahirkan pelajar yang pasif, kurang berinteraksi, pencapaian rendah & tahap penglibatan yang minimum di dalam kelas.

Kaedah Penyelesaian :

  • Pengkaji mencadangkan kaedah P&P berasaskan 2 hala yang lebih kepada student canted menggantikan kaedah pengajaran tradisional (1 hala) yang berfokus kepada "teacher centered".
  • Kaedah tersebut melibatkan aktiviti dalam kelas seperti aktiviti permainan dan perbincngan antara pelajar dan kemudian dipanjangkan kepada antara pelajar-guru.

Dapatan Kajian :

  • Melalui pengamatan guru, pelajar mula memperlihatkan keyakinan untuk berinteraksi antara rakan, guru dan masyarakat sekeliling. keberanian untuk bercakap/berhujah di tempat terbuka atau majlis ilmu. pencapaian dalam ujian juga adalah meningkat.

Ulasan :

hasil perbincangan, kami bersetuju mengatakan bahawa kaedah/kajian tindakan yang dijalankan penulis adalah berkesan. kaedah P&P 2 hala dapat meningkatkan keyakinan para pelajar. melalui perbincangan menggunakan kaedah jigsaw & think pair share, pelajar dilihat lebih banyak menjana idea dan memberi pendapat di dalam kelas. ini membuktikan peningkatan dalam tahap pemahaman mereka.

Jurnal 3

Penyataan Masalah :
Pelajar khas didapati kurang berminat pada pelajaran dan tidak aktif semasa P&P bersama guru di dalam kelas. mereka lebih banyak buat kerja sendiri dan mengganggu kelas ketika guru mengajar.

Kaedah penyelesaian :
pengkaji mencadangkan penggunaan portfolio kepada pelajar berkeperluan khas ini.
para pelajar disuruh mereka bentuk portfolio/buku skrap sendiri. di dalam buku itu, pelajar boleh meluahkan/mempamerkan apa yang mereka rasa selepas pengajaran guru. mereka juga digalakkan untuk menghias portfolio tersebut mengikut kretiviti mereka sendiri.

Dapatan kajian :
Pengkaji mendapati berlaku perubahan tingkah laku terhadap pelajar ini. mereka menjadi lebih displin dan menunjukkan minat terhadap P&P mereka setiap hari.

Ulasan :

Ternyata melalui penggunaan kaedah portfolio, minat pelajar berkeperluan khas ini terhadap pelajaran telah meningkat. kami mendapati penulis menggunakan strategi yang berbeza kepada pelajar khas ini. kaedah portfolio telah meningkatkan displin pelajar sekaligus kaeadh ini telah menonjolkan kebolehan dan ciri kretif pelajar-pelajar terbabit.


Ulasan bersamaNazratul Hanim, Siti Amirah & Sahirah

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

JURNAL 3:
Tajuk : Rural Community Input to School District Strategic Planning: An Action Research Model Using Focus Groups
Penulis : Brent L. Winand & Carla Adlefson

Abstrak:
Kajian tindakan ini mengenai perancangan strategik bagi sekolah luar bandar. Ia melibatkan pelajar, guru dan penguasa dan masyarakat bagi meningkatkan tahap pencapaian pelajar, penglibatan dalam masyarakat dan interaksi untuk berkomunikasi.

Masalah yang dijadikan kajian:
  • kurangnya komunikasi antara sekolah dan masyarakat menyebabkan kesan yang negatif dalam hubungan.
Sampel Kajian:
pelajar sekolah dan masyarakat di daerah Cold Spring.

Setting Kajian:
Daerah Cold Spring dan sekolah.

Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur):
pengkaji menggunakan beberapa kaedah iaitu:
  1. Model kajian tindakan Kurt Lewin- maklumat dikumpulkan melalui pengumpulan sejarah terdahulu dan pengetahuan budaya dalam organisasi dan kemudian mengambil tindakan penyelesaian.
  2. Fokus Kumpulan- melibatkan kurang dari 10 orang untuk mendapatkan meklumbalas bagi mendapatkan maklumat dan memahami pendapat orang ramai bagi mengurangkan juran perhubungan.
  3. Teknik kebolehpercayaan
  4. Menjelaskan Topik
  5. Pemilihan kumpulan fokus
  6. Memimpin kumpulan fokus

Pengumpulan dan analisis data:

Data dikumpulkan melalui 421 respon yang boleh diterima dan dikategorikan iaitu respon yang sangat baru dan respon yang tidak baru menunjukkan penglibatan komuniti dan sekolah.

  • Rujukan kumpulan fokus
  • pemerhati setempat

Paparan Dapatan

komuniti dan pelajar sekolah memberi kerjasama dalam memberi maklumat. Hubungan dan komunikasi semakin meningkat dan respon yang positif ditunjukkan oleh komuniti dan pelajar dalam membaiki hubungan.

JURNAL 2:
Tajuk : "It's about the Kids": Transforming Teacher-Student Relationships through Action Research
Penulis : Dwight Rogers, Cheryl Mason Bolick, Amy Anderson, Avelyn Gordon, Meghan Mcglinn Manfra dan Jan Yow

Abstrak:
Kajian tindakan ini dilakukan bagi meningkatkan refleksi dan interaksi antara guru dan pelajar dengan menggunakan beberapa pendekatan yang berkesan.

Masalah yang dijadikan kajian:
  • Kurangnya hubungan interpersonal dengan pelajar
  • pelajar kurang faham tugas sebagai 'learner"
  • pelajar kurang bersuara di dalam kelas

Sampel Kajian:

pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi.

Setting Kajian:

di sebuah sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi Amerika . Ia dijalankan pada setiap sesi pengajaran kelas.

Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur):

Kajian dilakukan oleh 3 orang pengkaji yang berbeza iaitu Rachel, Jim dan Silvia di sekolah yang berlainan melalui temubual kepada pelajar, temubual ibu bapa, survey minat pelajar dan memberi latihan menulis dan ilustrasi.

Pengumpulan data dan analisis data:

Melibatkan 3 orang pengkaji disekolah yang berbeza, iaitu Rachel, Jim dan Silvia.

  1. Survey- minat dan kebolehan pelajar terhadap seni
  2. Latihan menulis dengan cepat setiap hari sebagai latihan menulis
  3. Temubual individu membincangkan pilihan penulisan dan ilustrasi
  4. Mengedarkan soalan aneka pilihan kepada pelajar

Paparan dapatan:

Selepas tindakan dilakukan guru dapat mengetahui minat pelajar dan meningkatkan hubungan baik dengan pelajar. Pelajar juga telah mula berani bersuara untuk memberikan jawapan dan mengeluarkan pendapat.

JURNAL 1:
Tajuk : Helping Students to Add Detail and Flair to Their Stories
Penulis : Pooja Patel dan Leslie Loud

Abstrak:
Kajian tindakan ini adalah mengenai keberkesanan strategi pendekatan pembaikan (self-regulated strategy development) dengan kaedah N.Bell iaitu pemvisualan dan sebutan (V & V) sebegai teknik membaca karangan ke atas 3 orang pelajar yang lemah dan menghadapi kesukaran menulis.

Masalah yang dijadikan kajian:

  • Kesukaran pelajar menulis cerita.
  • Pelajar kurang pengetahuan tentang perbezaan komponen cerita.

Sampel kajian:

Kajian dijalankan terhadap 3 orang pelajar iaitu Kerry, Sabra dan Mali. mereka merupakan pelajar gred 7 di sebuah sekolah di Selatan Amerika Syarikat.

Setting kajian:

Kajian ini dilaksanakan dengan purata masa 55 minit dan mengambil 3 sesi bilik darjah.

Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur):

Pengkaji menggunakan 6 langkah berdasarkan SRSD iaitu self-regulated strategy development untuk melakukan kajian iaitu:

  1. Membaikkan pengetahuan latarbelakang (Develop background knowledge) - memperkenalkan subjek dengan melabelkan kisah Arab yang diubah. Kemudian pelajar menulis dan berbincang melalui pemerhatian dan juga menggambarkan situasi cerita. Ia dilakukan menggunakan pendekatan kolaboratif , mereka menyenaraikan apa yang mereka dengar, baca , faham dan gambarkan tanpa bantuan guru.
  2. Berbincang (Discuss it) - mengulang langkah strategi menulis. Menggunakan juga 'WH question' yang telah ditukar kepada http://www.what2how2/ kerana sangat mudah untuk diingatai dan diaplikasikan ke dalam bentuk persoalan apabila telah membaca cerita dan untuk mengingati. Menggunakan 5 langkah penulisan: i- lihat gambar (dalam fikiran atau perlakuan), ii- lapangkan fikiran dan fokus, iii- tuliskan dengan berdasarkan persoalan, iv- jawab soalan berdasarkan maklumat, v- tulis cerita dan jawab semua soalan.
  3. Modelkan (Model it) - pelajar akan memberi model dari cerita (termasuk kisah arab) dan bertanya secara sorotan pengkategorian berdasarkan struktur perkataan yang mereka tunjukkan. Ketika langkah ini guru memfokuskan kepada penambahan keterangan dalam cerita dan ketepatan menggambarkan imej "we pictured in our head while writing".
  4. Mengingati (Memorize it) - pelajar terlibat dalam kuiz harian dan permainan lain untuk mengingati setiap arahan secara berturutan.
  5. Menyokong (Support it) - bila guru memberikan model keseluruhan proses, pelajar menulis cerita secar individu dengan bantuan yang mana bersama perancangan dan penceritaan kumpulan. kemudian pelajar melengkapkan 5 langkah penulisan mereka sendiri dengan bantuan carta yang mereka buat.
  6. Pembentangan (Independent performance) - mereka menulis cerita tanpa bantuan carta.

Pengumpulan data dan analisis data:

Pengkaji mengumpulkan data dengan cara ujian awal dan ujian akhir sebelum dan selepas pengkajian. Kriteria penskoran berdasarkan 4 kriteria iaitu:

  • bilangan perkataan - membilang setiap perkataan, mempuratakan sebarang perbezaan bilangan perkataan, dengan kadar satu hingga enam perkataan.
  • elemen tatabahasa cerita - berdasarkan elemen karakter utama, tempat, masa, permulaan situasi, perlakuan, penghabisan dan reaksi.
  • bilangan imej - membilang terhadap penambahan imej termasuk setiap cerita.
  • skor holistik - melihat kepada 3 major utama idea penceritaan, organisasi dan pengumpulan penulisan.

Paparan dapatan :

Data dipaparkan menggunakan jadual hasil ujian awal dan ujian akhir ketiga-tiga orang pelajar. Pengukuran berdasarkan 4 kriteria tadi iaitu bilangan perkataan, elemen tatabahasa cerita, bilangan imej dan skor holistik. Paparan data menunjukkan perbezaan skor yang diperolehi oleh pelajar sebelum dan selepas pengkajian dilakukan.

Perbezaan ketiga-tiga jurnal.

Ketiga-tiga jurnal ini mengkaji perkara dan membuat kajian tindakan yang berbeza. Apa yang dapat saya ulas berdasarkan pembacaan saya ialah jurnal 1 lebih kepada pengkajian dan tindakan terhadap pelajar yang kurang pengetahuan untuk menulis semula cerita yang diberikan oleh guru yang mana ia dilaksanakan kepada 3 orang pelajar gred 7 dan menggunakan kaedah SRSD (Self Regulated Strategy Development) lebih kepada kemahiran berbincang, modelkan, mengingati, menyokong dan pembentangan. Jurnal 2 menumpukan kepada meningkatkan interaksi pelajar dan guru, kerana kurangnya hubungan interpersonal sehingga pelajar kurang yakin untuk bersuara, maka pengkaji menggunakan kaedah secara latihan menulis, memberi soalan aneka pilihan kepada pelajar dan menemubual pelajar dan ibu bapa sendiri.Jurnal 3 pula lebih kepada pengkajian dan tindakan terhadap masalah komunikasi yang wujud antara pelajar sekolah dan penduduk bandar dan mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar, kaedah yang ditumpukan pula adalah dengan model Kurt Lewin, fokus kumpulan, teknik kebolehpercayaan, menjelaskan topik dan pemilihan kumpulan fokus.

Ketiga-tiga jurnal ini juga dijalankan di tempat dan menggunakan sampel yang berbeza. jurnal 1 lebih kepada sekolah rendah, jurnal 2 sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi, dan jurnal 3 kepada pelajar sekolah menengah dan penduduk bandar. Namun begitu persamaan antara juranak ini nampak dari segi hasil kajian tindakan yang mana berubah ke arah peningkatan kepada lebih baik terhadap pelajar.

Tuesday, November 3, 2009

TUGASAN 3-KOLOKIUM

PEMBENTANGAN 2

TAJUK:
MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) MELALUI KAEDAH PERMAINAN DI DALAM KELAS 4 DEDIKASI SMK BANDAR RINCHING.

PEMBENTANG:
Nor Zira Bt Shafie (P 48688)
Norbahariah Bt Baharin (P 48665)

PERNYATAAN MASALAH

  • Pelajar didapati tidak memberi perhatian seratus peratus.
  • Pelajar malu bertanya.
  • Pelajar kurang berkeyakinan meluahkan pendapat atau memberi jawapan secara individu
    apabila disoal di dalam kelas.
  • Pelajar lemah dalam aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK).

METODOLOGI, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN
Metodologi:Pembentang menggunakan Model Kemmis dan Mac Taggart (1988) dalam pelaksanaan tindakan iaitu refleksi, merancang, bertindak dan memerhati. Bagi refleksi pembentang membuat refleksi awal untuk mengenal pasti masalah yang dikaji selepas dua kali sesi pengajaran kelas. Kajian dirancang menggunakan permainan bola hikmah, dam ular dan dart.

Untuk tindakan pula kajian dijalankan dengan permainan bola hikmah secara individu menggunakan muzik, pelajar terakhir yang memegang bola bila muzik dihentikan akan ditanya soalan, dam ular pula secara berkumpulan menghendaki wakil membaling dadu setiap petak mengandungi soalan dan dart juga secara berkumpulan dimana wakil akan membaling dart dipapan setiap mata mewakili markah.

Setting kajian: Kajian ini telah dijalankan selama 3 bulan bermula julai 2009 hingga oktober 2009 dengan 3 permainan, setiap permainan mengambil masa sebulan untuk dikaji.

Sampel Kajian: Sampel kajian adalah merupakan 40 orang pelajar tingkatan 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching .

PENGUMPULAN & ANALISIS DATA

a) Pre-test

  • Melalui ujian setara 2 bagi tingkatan 4.

b) Pemerhatian

  • Dilakukan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, dan sesi permainan dijalankan
    Sebelum kaedah permainan dijalankan, pelajar lebih gemar diam atau menjawab ‘tidak tahu’ apabila disoal namun selepas permainan, pelajar dilihat sudah berani mencuba walaupun kadangkala kurang tepat.

c) Temubual

  • Dilaksanakan selepas ketiga-tiga permainan selesai.
  • Pelajar berpendapat setiap guru sepatutnya menggunakan kaedah ini bagi setiap mata

d) Soal selidik

  • 35 soalan diedarkan dengan julat markah 0-5 (sangat tidak setuju- sangat setuju) dan soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan.
  • Seramai 32 orang pelajar memberi markah 4(setuju) dengan kaedah permainan yang digunakan.


e) Post-test

  • Melalui ujian penilaian akhir tahun.
  • Pelajar lebih berani menjawab.

IMPLIKASI KAJIAN

  • Pada peringkat pre-test purata markah pelajar yang lulus 40%-45% seramai 7 orang.
  • Pelajar lebih berani mencuba menjawab walaupun kadangkala jawapan kurang tepat.
  • Mengembangkan kemahiran berfikir dan meningkatkan keyakinan pelajar.
  • Peningkatan markah dalam subjek sains.

APA YANG SAYA PELAJARI DARI KAJIAN TERSEBUT

  • Mengetahui metodologi yang digunakan dalam mengkaji kaedah permainan dalam pengajaran.
  • Mengetahui bagaimana mengaplikasikan permainan dalam pengajaran.
  • Bagaimana sesuatu kaedah permainan itu dapat meningkatkan minat pelajar, keyakinan pelajar, pemikiran pelajar dan peningkatan prestasi pelajaran pelajar.

PEMBENTANGAN 1

TAJUK :
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS DAN MEMBACA JAWI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 MELALUI KAEDAH SIMULASI KOMPUTER .

PEMBENTANG:
Mohd Sarhan Ismail (P48693) Nur Baiti Anum Mohd Shafie (P48615) Rosmiza Rioh (P48604)

PERNYATAAN MASALAH
Pelajar menghadapi masalah dalam membaca dan menulis jawi.
Pelajar menghadapi masalah menyambungkan huruf-huruf jawi dengan betul dan keliru untuk menulis perkataan rumi ke tulisan jawi.
Pelajar kurang memberi respon bila diminta membaca petikan dalam jawi oleh guru.

METODOLOGI, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN

Metodologi: Menggunakan simulasi komputer, kad imbasan (Flash card) dan lembaran. Simulasi komputer berasaskan kepada animasi dan pengulangan huruf secara berulang-ulang. Kad imbasan pula dengan cara guru memilih pelajar secara rawak dan pelajar memilih huruf jawi untuk dipadankan dengan perkataan rumi. Lembaran pula dilakukan dengan pelajar diberi satu set lembaran (jadual) huruf-huruf Jawi beserta penggunaannya di dalam perkataan.

Setting kajian : Dilakukan selama sebulan sebanyak 8 kali sesi dan setiap sesi selama 30 minit.

Sampel kajian : Kajian dijalankan ke atas 28 orang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Bandar Baru Salak Tinggi

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

Pengumpulan data: Pembentang mengumpulakan data melalui pemerhatian dan temubual terhadap pelajar. Pemerhatian dilakukan melalui proses p&p berlangsung dan temubual bagi mendapatkan pandangan dan tahap keberkesanan metodologi.

Penganalisisan data: Dilakukan dengan mengambil kira dua ujian jawi iaitu sebelum dan selepas menjalankan metodologi tersebut.

IMPLIKASI KAJIAN

  • Pelajar menunjukkan peningkatan prestasi dalam meningkatkan penguasaan terhadap huruf jawi.
  • Memperbaiki mutu penguasaan membaca dan menulis Jawi melalui kaedah simulasi komputer.
  • Pelajar yang lemah untuk mengenali dan mengingati kesemua 35 huruf jawi telah dibantu melalui kaedah penggunaan kad imbasan.

APA YANG SAYA PELAJARI DARI KAJIAN INI.

  • Dapat mengetahui beberapa cara yang berkesan untuk membantu pelajar menguasai huruf jawi.
  • Dapat mengetahui beberapa cara yang berkesan untuk membantu pelajar menguasai huruf jawi.
  • Mengetahui bagaimana menarik minat pelajar untuk aktif dalam aktiviti p&p.
  • Mengetahui perisian dalam teknologi iaitu “Power Director” yang digunakan guru untuk menarik minat pelajar disamping membaiki tahap penguasaan mereka terhadap huruf jawi.

PERBEZAAN KEDUA-DUA PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN

Kedua-dua kajian ini adalah berbeza yang mana pembentangan pertama menggunakan kaedah permainan bagi meningkatkan penglibatan dan kefahaman pelajar di dalam kelas dan menggunakan model Kemmis dan Mac Taggart. Manakala pembentangan kedua pula lebih menumpukan kajian terhadap meningkatkan penguasaan menulis dan membaca jawi di kalangan pelajar, yang mana memilih menggunakan teknik simulasi komputer, mereka pengajaran secara berteknologi bagi menarik minat pelajar dan mengingat huruf-huruf jawi , mereka menganalisa data dengan kaedah pemerhatian dan temubual pelajar dan menjalankan ujian jawi sebelum dan selepas kajian.

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses p&p di sekolah. Ia merupakan aktiviti sistematik yang dilakukan sebagai usaha untuk memperbaiki, mengubah dan meningkatkan amalan pengajaran seseorang guru dan meningkatkan minat terhadap pembelajaran pelajar. Proses kajian ini mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan melibatkan proses mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar dari segi tingkah laku atau peningkatan prestasi pelajar.


McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.


Menurut Kemmis dan Mctaggart (1998),kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.


MODEL KAJIAN TINDAKAN
Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek ) iaitu:
Proses 1 : Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan. Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )

Proses 2 : Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru ). Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 3 : Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian tindakan.Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 4 : Memerhati ( mengumpul bukti ).Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

Proses 5 : Mereflek ( analisa dan refleksi ).Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan.

Contoh model yang boleh digunakan:


JENIS-JENIS MODEL KAJIAN TINDAKAN

  1. Model kajian tindakan Kurt Lewin
  • Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui
  • Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan

  • Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan/ Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan

  • Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil

2. Model kajian tindakan Stephin Kemmis

  • Digunakan apabila masalah tidak diketahui.

  • Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat

  • Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen

LINGKARAN 2:

i. Perancangan/ rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih

ii. Pelaksanaan/ Tindakan/ eksperimen/ semasa menjalankan tindakan

iii. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ huraian dapatan

iv. Refleksi/ perbincangan dapatan/ isu-isu yang dibaiki

3. Model kajian tindakan John Elliot


  • Digunakan untuk untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

  • Tajuk kajian

  • Latar belakang kajian

  • Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori

  • Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan

  • Perancangan Tindakan : Tindakan 1, Tindakan 2, Tindakan 3 dan Tindakan 4.

4. Model Gelungan Skema Tindakan


5. Model Gelungan Skema Generatif



6. Model Conzenius & O'Neill 2002