Tajuk : Rural Community Input to School District Strategic Planning: An Action Research Model Using Focus Groups
Penulis : Brent L. Winand & Carla Adlefson
Abstrak:
Kajian tindakan ini mengenai perancangan strategik bagi sekolah luar bandar. Ia melibatkan pelajar, guru dan penguasa dan masyarakat bagi meningkatkan tahap pencapaian pelajar, penglibatan dalam masyarakat dan interaksi untuk berkomunikasi.
Masalah yang dijadikan kajian:
- kurangnya komunikasi antara sekolah dan masyarakat menyebabkan kesan yang negatif dalam hubungan.
pelajar sekolah dan masyarakat di daerah Cold Spring.
Setting Kajian:
Daerah Cold Spring dan sekolah.
Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur):
pengkaji menggunakan beberapa kaedah iaitu:
- Model kajian tindakan Kurt Lewin- maklumat dikumpulkan melalui pengumpulan sejarah terdahulu dan pengetahuan budaya dalam organisasi dan kemudian mengambil tindakan penyelesaian.
- Fokus Kumpulan- melibatkan kurang dari 10 orang untuk mendapatkan meklumbalas bagi mendapatkan maklumat dan memahami pendapat orang ramai bagi mengurangkan juran perhubungan.
- Teknik kebolehpercayaan
- Menjelaskan Topik
- Pemilihan kumpulan fokus
- Memimpin kumpulan fokus
Pengumpulan dan analisis data:
Data dikumpulkan melalui 421 respon yang boleh diterima dan dikategorikan iaitu respon yang sangat baru dan respon yang tidak baru menunjukkan penglibatan komuniti dan sekolah.
- Rujukan kumpulan fokus
- pemerhati setempat
Paparan Dapatan
komuniti dan pelajar sekolah memberi kerjasama dalam memberi maklumat. Hubungan dan komunikasi semakin meningkat dan respon yang positif ditunjukkan oleh komuniti dan pelajar dalam membaiki hubungan.
JURNAL 2:Tajuk : "It's about the Kids": Transforming Teacher-Student Relationships through Action Research
Penulis : Dwight Rogers, Cheryl Mason Bolick, Amy Anderson, Avelyn Gordon, Meghan Mcglinn Manfra dan Jan Yow
Abstrak:
Kajian tindakan ini dilakukan bagi meningkatkan refleksi dan interaksi antara guru dan pelajar dengan menggunakan beberapa pendekatan yang berkesan.
Masalah yang dijadikan kajian:
- Kurangnya hubungan interpersonal dengan pelajar
- pelajar kurang faham tugas sebagai 'learner"
- pelajar kurang bersuara di dalam kelas
Sampel Kajian:
pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi.
Setting Kajian:
di sebuah sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi Amerika . Ia dijalankan pada setiap sesi pengajaran kelas.
Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur):
Kajian dilakukan oleh 3 orang pengkaji yang berbeza iaitu Rachel, Jim dan Silvia di sekolah yang berlainan melalui temubual kepada pelajar, temubual ibu bapa, survey minat pelajar dan memberi latihan menulis dan ilustrasi.
Pengumpulan data dan analisis data:
Melibatkan 3 orang pengkaji disekolah yang berbeza, iaitu Rachel, Jim dan Silvia.
- Survey- minat dan kebolehan pelajar terhadap seni
- Latihan menulis dengan cepat setiap hari sebagai latihan menulis
- Temubual individu membincangkan pilihan penulisan dan ilustrasi
- Mengedarkan soalan aneka pilihan kepada pelajar
Paparan dapatan:
Selepas tindakan dilakukan guru dapat mengetahui minat pelajar dan meningkatkan hubungan baik dengan pelajar. Pelajar juga telah mula berani bersuara untuk memberikan jawapan dan mengeluarkan pendapat.
JURNAL 1:
Tajuk : Helping Students to Add Detail and Flair to Their Stories
Penulis : Pooja Patel dan Leslie Loud
Abstrak:
Kajian tindakan ini adalah mengenai keberkesanan strategi pendekatan pembaikan (self-regulated strategy development) dengan kaedah N.Bell iaitu pemvisualan dan sebutan (V & V) sebegai teknik membaca karangan ke atas 3 orang pelajar yang lemah dan menghadapi kesukaran menulis.
Masalah yang dijadikan kajian:
- Kesukaran pelajar menulis cerita.
- Pelajar kurang pengetahuan tentang perbezaan komponen cerita.
Sampel kajian:
Kajian dijalankan terhadap 3 orang pelajar iaitu Kerry, Sabra dan Mali. mereka merupakan pelajar gred 7 di sebuah sekolah di Selatan Amerika Syarikat.
Setting kajian:
Kajian ini dilaksanakan dengan purata masa 55 minit dan mengambil 3 sesi bilik darjah.
Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur):
Pengkaji menggunakan 6 langkah berdasarkan SRSD iaitu self-regulated strategy development untuk melakukan kajian iaitu:
- Membaikkan pengetahuan latarbelakang (Develop background knowledge) - memperkenalkan subjek dengan melabelkan kisah Arab yang diubah. Kemudian pelajar menulis dan berbincang melalui pemerhatian dan juga menggambarkan situasi cerita. Ia dilakukan menggunakan pendekatan kolaboratif , mereka menyenaraikan apa yang mereka dengar, baca , faham dan gambarkan tanpa bantuan guru.
- Berbincang (Discuss it) - mengulang langkah strategi menulis. Menggunakan juga 'WH question' yang telah ditukar kepada http://www.what2how2/ kerana sangat mudah untuk diingatai dan diaplikasikan ke dalam bentuk persoalan apabila telah membaca cerita dan untuk mengingati. Menggunakan 5 langkah penulisan: i- lihat gambar (dalam fikiran atau perlakuan), ii- lapangkan fikiran dan fokus, iii- tuliskan dengan berdasarkan persoalan, iv- jawab soalan berdasarkan maklumat, v- tulis cerita dan jawab semua soalan.
- Modelkan (Model it) - pelajar akan memberi model dari cerita (termasuk kisah arab) dan bertanya secara sorotan pengkategorian berdasarkan struktur perkataan yang mereka tunjukkan. Ketika langkah ini guru memfokuskan kepada penambahan keterangan dalam cerita dan ketepatan menggambarkan imej "we pictured in our head while writing".
- Mengingati (Memorize it) - pelajar terlibat dalam kuiz harian dan permainan lain untuk mengingati setiap arahan secara berturutan.
- Menyokong (Support it) - bila guru memberikan model keseluruhan proses, pelajar menulis cerita secar individu dengan bantuan yang mana bersama perancangan dan penceritaan kumpulan. kemudian pelajar melengkapkan 5 langkah penulisan mereka sendiri dengan bantuan carta yang mereka buat.
- Pembentangan (Independent performance) - mereka menulis cerita tanpa bantuan carta.
Pengumpulan data dan analisis data:
Pengkaji mengumpulkan data dengan cara ujian awal dan ujian akhir sebelum dan selepas pengkajian. Kriteria penskoran berdasarkan 4 kriteria iaitu:
- bilangan perkataan - membilang setiap perkataan, mempuratakan sebarang perbezaan bilangan perkataan, dengan kadar satu hingga enam perkataan.
- elemen tatabahasa cerita - berdasarkan elemen karakter utama, tempat, masa, permulaan situasi, perlakuan, penghabisan dan reaksi.
- bilangan imej - membilang terhadap penambahan imej termasuk setiap cerita.
- skor holistik - melihat kepada 3 major utama idea penceritaan, organisasi dan pengumpulan penulisan.
Paparan dapatan :
Data dipaparkan menggunakan jadual hasil ujian awal dan ujian akhir ketiga-tiga orang pelajar. Pengukuran berdasarkan 4 kriteria tadi iaitu bilangan perkataan, elemen tatabahasa cerita, bilangan imej dan skor holistik. Paparan data menunjukkan perbezaan skor yang diperolehi oleh pelajar sebelum dan selepas pengkajian dilakukan.
Perbezaan ketiga-tiga jurnal.
Ketiga-tiga jurnal ini mengkaji perkara dan membuat kajian tindakan yang berbeza. Apa yang dapat saya ulas berdasarkan pembacaan saya ialah jurnal 1 lebih kepada pengkajian dan tindakan terhadap pelajar yang kurang pengetahuan untuk menulis semula cerita yang diberikan oleh guru yang mana ia dilaksanakan kepada 3 orang pelajar gred 7 dan menggunakan kaedah SRSD (Self Regulated Strategy Development) lebih kepada kemahiran berbincang, modelkan, mengingati, menyokong dan pembentangan. Jurnal 2 menumpukan kepada meningkatkan interaksi pelajar dan guru, kerana kurangnya hubungan interpersonal sehingga pelajar kurang yakin untuk bersuara, maka pengkaji menggunakan kaedah secara latihan menulis, memberi soalan aneka pilihan kepada pelajar dan menemubual pelajar dan ibu bapa sendiri.Jurnal 3 pula lebih kepada pengkajian dan tindakan terhadap masalah komunikasi yang wujud antara pelajar sekolah dan penduduk bandar dan mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar, kaedah yang ditumpukan pula adalah dengan model Kurt Lewin, fokus kumpulan, teknik kebolehpercayaan, menjelaskan topik dan pemilihan kumpulan fokus.
Ketiga-tiga jurnal ini juga dijalankan di tempat dan menggunakan sampel yang berbeza. jurnal 1 lebih kepada sekolah rendah, jurnal 2 sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi, dan jurnal 3 kepada pelajar sekolah menengah dan penduduk bandar. Namun begitu persamaan antara juranak ini nampak dari segi hasil kajian tindakan yang mana berubah ke arah peningkatan kepada lebih baik terhadap pelajar.
0 comments:
Post a Comment