Matlamat kajian tindakan kami secara umumnya dapat kami perjelaskan sebagai ;
‘Pembelajaran, Pengamatan & Aplikasi dalam Kehidupan’
Konsep/matlamat akhir yang kami terjemahkan seperti ayat diatas adalah kerana penyertaan ini melambangkan penerokaan & penilaian keatas perkembangan pemikiran dan kognitif pelajar. Hal ini kerana, di dalam kelas guru berfungsi sebagai pemberi ilmu secara teori pada pelajar. Pelajar sendirilah yang perlu membuat pemerhatian, pengamatan, penilaian dan seterusnya mengaplikasi apa yang diperhatikanya dalam kehidupan seharian. Kami ingin menerapkan pada pelajar bahawa, dalam dunia perdagangan dan jual beli ini, kita semua akan terlibat sebagai penentunya. Walaupun kita bukan peniaga, tetapi kita juga adalah pengguna yang membuat permintaan kepada pengeluar. Pengguna mempunyai hak dalam mengawal keseimbangan ekonomi dan aktiviti perdagangan yang wujud dalam kehidupan kita seharian. Oleh hal demikian, pengetahuan & minat pada dunia perdagangan adalah perlu diterapkan dalam jiwa setiap pelajar.
Bentuk Soalan Kajian.
Bagaimana (proses)
Prosedur/ Proses-proses Mini Kajian Tindakan kami melibatkan ;
- Kajian berdasarkan topik
- Persoalan-persoalan dalam kajian tindakan dan soalan berkaitan
- Rumusan aktiviti dalam kelas
- Mengumpul dan menganalis dapatan kajian seterusnya diterjemahkan dalam bentuk data.
- Membuat report/ulasan berkaitan kajian
- Persembahkan kajian dalam majlis formal atau digunakan untuk menyambung pengajian.
Adakah (Penilaian Proses)
Aktiviti 8 : Tugasan 4 - Cadangan Atasi Kelemahan
Individu:
Pada pandangan saya adalah elok aktiviti ini ditekankan untuk topik-topik yang memerlukan kefahaman dan daya ingatan yang tinggi. Soalan juga boleh disertakan soalan peperiksaan tahun-tahun lalu. Guru juga perlu menghadkan masa untuk pelajar menjawab bagi mengelakkan kesuntukan waktu.
Pasukan:
Bagi menangani masalah kekangan masa untuk menjalankan aktiviti guru perlu memberitahu pelajar terlebih dahulu agar bersedia untuk belajar dari awal sebelum melakukan aktiviti, kerana mereka perlukan kefahaman dan kemahiran mengingat.
Penglibatan - bagi melibatkan semua pelajar dalam aktiviti ini. Pelajar perlu dikumpulkan dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang, teknik ini dinamakan “number head together” di mana setiap pelajar dalam kumpulan mempunyai nombor masing-masing. Ia boleh melibatkan semua apabila guru akan memilih nombor secara rawak, membolehkan semua pelajar bersedia.
Pasukan lain:
Guru perlu menunjukkan sehingga pelajar faham apa yang perlu dilakukan dan arahan yang diberi perlu jelas. Aktiviti ini juga boleh dijadikan selingan ketika guru melakukan pengajaran bagi mengelakkan pelajar cepat bosan dan boleh menumpukan perhatian terhadap topik yang diajar.
Literature Review:
Cadangan ini dikesahkan lagi berdasarkan buku dan jurnal teknik “number head together” selalu digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dikelas.
Aktiviti 7 : Tugasan 4 – Kelemahan Mini Kajian Tindakan
Pengalaman/refleksi individ:
- Memerlukan masa yang lama untuk dijalankan
- Penglibatan pelajar terhad
- Soalan yang dikemukakan terhad
Pengalaman/refleksi dalam pasukan:
Kelemahan permainanan dadu ini ialah memerlukan masa yang lama untuk dijalankan. Ini kerana di sekolah masa bagi sesuatu P&P telah ditetapkan dan kita tidak boleh mengambil masa matapelajaran lain. Selain itu, penglibatan pelajar juga terhad kerana tidak semua pelajar berpeluang menyertai permainan yang dijalankan.Hanya sesetengah pelajar sahaja sempat belajar menggunakan permainan ini kerana kekangan masa. Begitu juga bagi penggunaan soalan interaktif, kebiasaannya soalan dan jawapan yang dikemukan adalah terhad. Soalan yang biasa dikemukakan hanya berbentuk soalan pilihan jawapan yang mana soalan jenis ini tidak boleh mengukur tahap kefahaman pelajar tentang subjek yang diajar.
Pengalaman dari luar pasukan
Berdasarkan temubual yang dijalankan, rata-rata mengatakan kelemahan utama kaedah permainan dadu ajaib dan soalan interaktif ini ialah masa. Masa yang panjang diperlukan untuk aktiviti ini. Kadang-kadang terdapat ramai pelajar yang rasa kecil hati kerana tidak berpeluang untuk bermain permainan ini. Soalan-soalan yang digunakan juga tidak boleh dipelbagaikan. Hanya soalan-soalan berbentuk aneka pilihan dan soalan struktur sahaja yang boleh digunakan. Soalan bentuk esei tidak boleh digunakan kerana permainan ini dijalankan secara cepat dan jawapan yang dikehendaki perlu dikemukakan pada masa yang sama. Selain daripada itu, kelemahan pendekatan penambahbaikan yang kami utarakan dalam mini kajian tindakan kami adalah kemudahan ICT. Mereka menyatakan walaupun kemudahan ICT kini adalah meluas perkhidmatan dan penggunaanya, tetapi masih ada sekolah yang belum memiliki atau memilki kemudahan ini secara terhad. Malah, jika kemudahan ini ada, kemungkinan hanya ditempatkan di makmal computer . ini menimbulkan kesukaran yang mana pelajar perlu bergerak ke makmal setiap kali P&P subjek perdagangan bermula. Maka, situasi ini pasti akan memakan lebih banyak masa yang perlu diperuntukan untuk P&P subjek perdagangan.
Berdasarkan literature review:
Banyak literature review yang menyatakan soalan jenis aneka pilihan tidak mampu untuk menguji tahap kefahaman pelajar kerana soalan-soalan ini telah diberikan pilihan jawapan yang mana pelajar boleh memilih sahaja jawapan daripada pilihan yang diberikan.Walaupun pelajar tidak memahami soalan yang diberikan, dia masih boleh menjawab soalan tersebut dengan memilih mana-mana jawapan.
Aktiviti 6 : Tugasan 4 – Kekuatan Mini Kajian Tindakan
Tajuk mini kajian tindakan kami adalah intergrasi permainan dadu ajaib bersama soalan interaktif bagi subjek perdagangan. Berdasarkan tajuk ini, kekuatan pengajaran subjek perdagangan dari aspek ;
Pengalaman/refleksi secara individu :
Berdasarkan pengalaman saya semasa waktu sekolah dahulu, kaedah pengajaran 1 hala yang mana guru mengusai/dominan di dalam kelas. Kaedah pengajaran ini melibatkan aktiviti seperti menyalin nota dari papan hitam, guru memberi penerangan ringkas dan kemudian pelajar perlu membuat latihan yang terdapat dalam buku teks. Latihan tersebut merupakan kerja rumah. Esoknya bagi mata pelajaran yang sama, pelajar perlu menghantar latihan dan guru memulakan topik baru. Kelemahan wujud apabila soalan yang tidak difahami pelajar tidak diperbincangkan oleh guru lagi. Perbincangan hanya akan dilakukan ketika peperiksaan sebenar hampir tiba.
Maka, dalam hal ini, saya mendapati kekuatan kaedah pengajaran yang kumpulan kami adakan adalah menjalankan perbincangan serentak semasa P&P subjek berkenaan. Ini dilakukan melalui penggunaan soalan interaktif yang kami ajukan pada pelajar selepas penerangan guru. Maka disini saya mendapati, tahap kefahan pelajar akan dapat dinilai jika ia tidak menjawab soalan dengan tepat. Maka guru perlu menerangkan sekali lagi supaya pelajar lebih jelas dengan topik berkenaan.
Pengalaman/refleksi dalam pasukan ;
- Hasil dari perbincangan antara ahli kumpulan, kami mendapati bahawa pengalaman P&P yang kami lalui di sekolah dahulu adalah hampir sama. Guru menggunakan pendekatan P&P 1 hala. Ia melibatkan aktiviti salin nota, penerangan guru yang menggunakan pendekatan syarahan (pelajar tidak berpeluang bertanya apa yang mereka tidak faham) dan membuat latihan (kerja rumah atau siapkan pada waktu kelas). Pada hari berikutnya untuk subjek yang sama, guru memulangkan buku latihan kami dan memulakan topik baru. Maka disini dapat dikatakan kelemahan yang ketara wujud apabila guru hanya memikirkan untuk menghabiskan silibus pengajaran dan mengambil ringan tahap kefahaman pelajar. Pendekatan ini boleh membunuh minat pelajar untuk meminati subjek perdagangan. Hal ini kerana, jika dari awal mereka telah mengalami kekeliruan objektif /kepentingan subjek perdagagan ini, mereka akan hilang minat untuk terus belajar subjek berkenaan.
- Maka melalui pendekatan intergrasi permainan dan latihan menjawab soalan yang kami lakukan di dalam waktu P&P perdagangan diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek ini. Kami menggabungkan 2 kaedah/peringkat P&P dalam satu masa.
- Kaedah kuliah & soal jawab antara guru dan murid berkaitan topik yang diajar.
- Aktiviti perbincangan dalam kumpulan, permaianan dadu ajaib dan ujian kefahaman pelajar melalui soalan intraktif.
- Kami turut menerapkan konsep ganjaran & dendaan dalam kaedah pengajaran kami ini. Markah akan dikira berdasarkan bilangan dadu yang diperolehi pelajar. Konsep ganjaran digunakan apabila pelajar menjawab soalan yang diberi dengan tepat, maka markah kumpulan akan diberi berdasarkan nombor pada balingan dadu yang dilakukan oleh kumpulan terbabit. Konsep dendaan pula diberi jika pelajar gagal menjawab soalan interaktif dengan tepat. Markah kumpulan akan ditolak berdasarkan nombor pada balingan dadu yang mereka perolehi.
Pengalaman dari pasukan lain ;
Menyatakan bahawa kaedah lama yang digunakan oleh guru berdasarkan pengalaman mereka menyatakan bahawa kaedah guru semasa mengajar subjek dahulu adalah guru tidak menggunakan sebarang ABM untuk meningkatkan kefahaman murid. Selain itu terdapat banyak fakta dalam subjek ini tetapi guru tidak menunjukkan cara-cara untuk meningkatkan ingatan murid.
Hasil dari temuramah yang kami lakukan berkaitan pandangan cara dan pendekatan P&P subjek perdagangan yang dijalankan, ternyata kaedah permainan tersebut adalah merupakan satu pendekatan yang wajar dijalankan. Mereka berpendapat bahawa kami telah melakukan transformasi dari aspek membuat latihan. Jika dulu, guru hanya member latihan melalui buku kerja atau buku teks yang perlu dijawab oleh murid dalam buku latihan masing-masing. Menurut kumpulan lain lagi, kaedah tranfomasi yang kami jalankan adalah apabila mengaplikasikan kemudahan ict dalam aktiviti P&P dalam kelas.
Berdasarkan Literature-Review
Kami mendepati pendekatan yang kami gunakan telah banyak digunakan dalam kajian tindakan pengkaji lain. Berdasarkan buku-buku dan jurnal-jurnal kajian tindakan yang telah kami baca, kami mendapati konsep seperti ganjaran dan dendaan, perbincangan kumpulan permainan adalah antara teknik kretif yang diperknalkan untuk mewujudkan P&P menarik di dalam kelas. Malah, kebanyakan kajian juga ada menyatakan bahawa kaedah pembelajaran 1 hala dan berunsurkan teacher canted perlu diminimumkan penggunaanya di dalam kelas. Penglibatan murid perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan percambahan minda dan minat mereka terhadap ilmu pelajaran yang diperolehi di dalam kelas.
0 comments:
Post a Comment