Proses 2 : Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru ). Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
Proses 3 : Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian tindakan.Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.
Proses 4 : Memerhati ( mengumpul bukti ).Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.
Proses 5 : Mereflek ( analisa dan refleksi ).Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan.
Contoh model yang boleh digunakan:
JENIS-JENIS MODEL KAJIAN TINDAKAN
- Model kajian tindakan Kurt Lewin
- Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui
- Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan
- Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan/ Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan
- Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil
2. Model kajian tindakan Stephin Kemmis
- Digunakan apabila masalah tidak diketahui.
- Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat
- Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen
LINGKARAN 2:
i. Perancangan/ rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih
ii. Pelaksanaan/ Tindakan/ eksperimen/ semasa menjalankan tindakan
iii. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ huraian dapatan
iv. Refleksi/ perbincangan dapatan/ isu-isu yang dibaiki
3. Model kajian tindakan John Elliot
- Digunakan untuk untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.
- Tajuk kajian
- Latar belakang kajian
- Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori
- Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan
- Perancangan Tindakan : Tindakan 1, Tindakan 2, Tindakan 3 dan Tindakan 4.
4. Model Gelungan Skema Tindakan
5. Model Gelungan Skema Generatif
6. Model Conzenius & O'Neill 2002
1 comments:
Tq byk membantu saya menyelesaikan kajian
Post a Comment